News
Iraqi Dinar Buzz Updates
INFO RINGKAS PELABURAN DINAR IRAQ
2011-03-28 10:25:58
Pelaburan Dinar Iraq
adalah pelaburan SAH di sisi undang-undang & syara'. Pelaburan ini
adalah berlandaskan kepada pertukaran wang dan ia akan memberikan
pulangan 500 peratus kepada mereka yang bersabar dan faham akan jenis
pelaburan ini. Sama macam mereka yang melabur dalam matawang Dinar Kuwait
& Afghanistan lalu, maka pelaburan Dinar Iraq adalah yang terbaik
buat masa kini. Beli, simpan dan jual semasa diapungkan (RV) nanti,
insyaALLAH kita akan menjadi jutawan dalam sekelip mata
Berita Baik...Dinar Iraq Akan RV Pada Bulan April Ini..
Berita Baik...Dinar Iraq Akan RV Pada Bulan April Ini..
Dua hari lalu, saya menerima berita gembira daripada kontraktor Malaysia yang bermesyuarat dengan kerajaan Iraq,
bahawa Dinar Iraq kemungkinan besar akan diapungkan (RV) pada bulan
April 2011. Diulangi..akan diapungkan pada bulan 4 tahun ini. (tapi
taklah 100 peratus kesahihannya). Selain daripada perkhabaran gembira
ini, terdapat juga beberapa penanda aras bahawa Dinar Iraq akan
diapungkan tak lama lagi..
Ini penanda arasnya :
1)
Perkembangan politik di Asia Barat kini lebih memihak kepada RV. Ketika
ini, semua pemerintah dan raja Arab takut dengan kuasa rakyat
sepertimana yang berlaku di Mesir
dan Tunisia (sekarang ni merebak kat Libya dan Bahrain). Di Iraq
sendiri, ada demontrasi seperti di Mesir yang menyebabkan 14 mati minggu
lepas. Mereka tuntut agar kerajaan buat revolusi dalam ekonomi dan
kehidupn mereka. (yelah kalau nak pergi melancong, kena bayar harga
mahal..bayangkan datang ke Malaysia, kena jadi jutawan dulu sebelum
dapat beli tiket kapal terbang yang harganya ribuan ringgit)
Jadi nak tak nak, pemerintah Iraq akan apungkan mata wang mereka demi 'menyejukkan' kuasa rakyat ini.
2)
Harga minyak akan naik sekali lagi. Dan dengan desakan rakyat baru-baru
ini, takkanlah kerajaan Iraq tak naikkan harga minyak mereka. Takkanlah
nak jual minyak dengan harga yang murah. Secara faktanya, Iraq adalah
pengeluar minyak yang kedua terbanyak di dunia selepas Arab Saudi.
Simpanan atau rizab minyak mereka sahaja ada $10 TRILLION USD (belum
digali). Jadi takkanlah nak biarkan negara mereka miskin. Kurang-kurang
pun kena maju walaupun tak setanding Arab Saudi (yang ada menara jam
paling tinggi) dan Qatar (yang memiliki bangunan paling tinggi di Dunia)
3) Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki desak menteri kabinetnya buat perubahan dalam masa 100 hari selepas demontrasi minggu lepas ( ini beritanya :news.yahoo.com/s/afp/20110227/wl_mideast_afp/iraqpoliticsunrestmaliki)
Rakyat Iraq bangkit kerana menuntut kerajaannya mempercepatkan usaha-usaha untuk lengkapakan prasarana negara mereka.
Maknanya kena selesai semuanya dalam masa 3 bulan..bulan 4 kena RV. Memang syok kita semua.
4)
Parlimen Iraq telah luluskan 93 Bilion Dinar Iraq dalam bajet 2011
mereka. Bajet yang paling tinggi ini didorong oleh kenaikan harga minyak
dalam pasaran dunia. Peningkatan jumlah bajet ini menunjukkan bahawa ekonomi negara Iraq sedang alami perubahan dan ia berita baik untuk matawang Dinar Iraq RV tak lama lagi..
5)
Iraq akan mengadakan Sidang Kemuncak Liga Arab 29 Mac ni. Untuk
tunjukkan kepada dunia bahawa mereka sudah berubah, maka sudah tentu
Dinar Iraq ini akan diapungkan dan mungkin diumumkan pada masa sidang
kemuncak ini..(manatahu kalau Nuri Al Maliki nak popular cepat..)
6)
Maklumat daripada money changer di Timur Tengah ( yang berurusan direct
dengan CBI), kemungkinan besar dinar akan diapungkan tak lama lagi.
Apapun
kita doakan agar Dinar diapungkan secepat mungkin. Kalau ia berlaku
pada bulan 4 ini. Tentu ramai yang akan bergelar jutawan segera. Tak
payah banyak, RV 0.30 USD pun dah cukup. Siapa yang ada simpan 1 juta
dinar Iraq, boleh untung dalam 300,000 USD. Tukar ke ringgit, untung
dalam rm 930,000. Woww..itu baru rv 0.30 usd. Kalau 3.00 USD sama
sebelum perang dulu?? Bak kata Nabil..lu pikirlah sendiri...