Iraqi Dinar Dinar Iraq Iraq Currency Buy Dinar
1 2 3 4


News

Iraqi Dinar Buzz Updates

Buka mata anda
2011-03-23 23:37:41

BAGET IRAQ 2010 – USD 72.4 BILION

Parlimen Iraq meluluskan baget tahunannya sebanyak USD 72.4 bilion. 95% sumber pendapatan Iraq ialah dari minyak.

MENTERI KEWANGAN IRAQ MAHU NILAI DINAR PADA USD 1.85

CNBC News melaporkan bahwa Menteri Kewangan Iraq menyatakan nilai Dinar Iraq masa kini sepatutnya adalah bersamaan denga USD 1.85.

PETRONAS DI IRAQ

Petronas telah melabur di Iraq. Nampak sangat Iraq amat berpotensi dalam ekonomi dunia.

IRAQ AKAN SERTAI WTO

Iraq sedang berusaha menyertai WTO. Jika Iraq menyertai WTO, tak dapat tidak matawangnya perlu diapungkan. Jika tidak bagaimana urusan perniagaan antara bangsa boleh dilakukan dengan mudah. Itu logik biasa bisnes terutamanya melibatkan sesuatu ekonomi negara.

12 BANK BELI DINAR USD 136 JUTA

Dinar Iraq sentiasa dijual oleh Bank Negara Iraq setiap bulan. 26hb Oktober 2009, Dinar Iraq telah dijual oleh Bank Negara Iraq pada nilai 1170 Dinar = 1 USD. 12 buah bank telah menggunakan USD 136 juta untuk membeli dinar Iraq. Antara tujuan Bank ini membeli dinar ialah sebagai reserve masa depan. Mereka jadikan reserve kerana yakin nilai Dinar Iraq pada masa hadapan.

PENGELUARAN MINYAK IRAQ 12 TONG SEHARI

Terkini, Menteri Minyak Iraq, Hussein al-Shahristani mengumumkan pengeluaran minyak negaranya akan meningkat 3 kali ganda dari asal 2.4 juta tong sehari ke 7 juta tong sehari dalam tempoh enam tahun dari sekarang melalui satu pelabran terbaru syarikat minyak asing yang bernilai USD 100 bilion.

Peningkatan pengeluaran ini akan memberi kelebihan kepada Iraq untuk meningkatkan lebihan pendapatan dalam usaha membangunkan semula negarannya.

BAJET IRAQ USD 66.7 BILION

- Bajet Iraq pada 2010 ialah USD 66.7 bilion. Pendapatan utamanya ialah dari eskpot minyak sebanyak 2.15 juta tong sehari pada harga USD 60 setong.

SYARIKAT MOTOROLA MELABUR DI IRAQ

- syarikat Motorola telah membuat perjanjian dengan syarikat tempatan untuk meningkatkan sistem komunikasi Iraq.

GULF AIR BUAT PENERBANGAN SETIAP HARI KE IRAQ

- Gulf Air akan mengadakan penerbangan setiap hari ke Iraq mulai Oktober 2009. Ini menunjukkan tanda ekonomi yang semakin berkembang dan keselamatan yang lebih terjamin.

PASUKAN KESELAMATAN IRAQ AKAN AMBIL ALIH IRAQ

- Iraq akan mengadakan pilihan raya pada Januari 2010. Pasukan keselamatan Iraq sedang diperkukuhkan menjelang pengunduran tentera Amerika secara total pada Ogos 2010. 20 syarikat minyak termasuk 8 buah yang terbesar di dunia kini sedang meneroka minyak di Iraq.

Semuanya ini memberi harapan konkrit ke arah kenaikan dinar Iraq dalam tempoh yang manasabah.

TENTERA US AKAN BERUNDUR SEGERA

Amerika mengambil langkah untuk mengeluarkan tenteranya lebih segera dari jadual asal dan dijangka akan tamat pada 31 Ogos 2010. Pengunduran ini selain kerana desakan politik, juga disebabkan oleh tekanan bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Amerika.

Seperti yang kita ramalkan sejak awal lagi – mana kerajaan yang sanggup terus berperang. Russia keluar dari Afghanistan Iraq keluar dari Iraq. Begitu juga Amerika di Iraq. Yang kita tunggu ialah Iraq mentadbir telaga minyaknya dengan bebas, meningkatakan sumber pendapatan serta mengurangkan beban hutang luar. Apabila ekonominya stabil, nilai dinar Iraq akan kembali ke zaman kegemilangannya iaitu 1 Dinar bersamaan USD 3.40. Opps, naik USD 0.30 pun kita sudah kaya bib.

SEMUA NEGARA MAHU APUNGKAN MATAWANG

- Hakikatnya semua negara mau matawangnya mahu diapungkan demi matlamat ekonomi sesuatu negara. Negara selepas perang pun begitu juga, mahu matawangnya diapungkan semula. Jika Kuwait mengambil masa 10 tahun, maka Iraq pun lebih kurang macam tu juga agaknya. Kini sudah 8 tahun. Tunggu masa bila-bila sahaja.

MENTERI KEWANGAN IRAQ TAK SABAR DINAR DIAPUNG

- Menteri Kewangan Iraq sudah tidak sabar lagi supaya matawangnya dinilai semula. Mana manasabah sebagai sebuah negara pengeluar minyak, dinarnya terlalu murah. paling kurang pun bersamaan dengan zaman sebelum Amerika masuk Iraq iaitu 1 Dinar bersamaan USD 0.30.

DINAR BOLEH DIJUAL DIMANA-MANA

Jika telah diapungkan maka Dinar boleh dijual di mana-mana Pengurup Wang atau bank komersil. Jual kat kami pun boleh. Ahli Ekonomi meramalkan jika dinar diapungkan maka nilai 1 Dinar bersamaan USD 0.30. Wau …Jika ada 50,000 Dinar, maka akan bernilai RM 50,000. Modal sekarang baru RM 250.00 sahaja.

JEPUN AGRESIF DI IRAQ

Syarikat Cari Gali Minyak Jepun meneroka minyak di Iraq demi memastikan memenuhi permintaan minyak Jepun.Lagi banyak syarikat asing meneroka minyak di Iraq, maka makin berpotensilah ekonomi dan dinar Iraq!

Negara Jepun juga telah menggunakan USD 5 billion untuk membeli dinar Iraq untuk rakyatnya menyimpan dinar Iraq.

BAYAR GAJI TENTERA DENGAN DINAR IRAQ

- Pihak berkuasa tentera Amerika di Iraq mulai membayar gaji tenteranya dengan dinar Iraq sebagai salah satu cara menaikkan nilai dinar Iraq. Tentera Amerikalah yang paling berkepentingan atas kenaikan nilai dinar Iraq kerana mereka menyimpan dinar dengan banyaknya.

NEGARA ASING BELI DINAR IRAQ

Apakah pendapatan utama negara Iraq sekarang. Jawapannya ialah menjual matawangnya sendiri kepada bank asing. Pada setiap bulan Bank Negara Iraq menjual dinarnya. Yang terakhir pada 13 Julai 2009 sebanyak USD 170 juta.

Iraq menjual dinarnya kerana mahukan matawang asing untuk membiayaai kos pentadbiran dan pembangunan negaranya. Negara lain lazimnya kena mengekspot produk atau perkhidmatan untuk mendapatkan wang asing tetapi Iraq hanya dengan menjual dinarnya sahaja. Dengan bermodal kos kertas dan cetakan, Iraq sudah mendapat income yang berbaloi. Dengan jualan wang dinarnya, Iraq membangunkan negaranya sejak 2003 sehingga sekarang.

Negara luar membeli dan menyimpan dinar pada harga sekarang untuk kepentingan reseve masa hadapan. Duit dinar yang disimpan itu akan digunakan untuk melabur semula di Iraq pada masa hadapan atau digunakan untuk membeli minyak dan gas dari Iraq. Jika dinar Iraq kini tak sampai 1 sen USD dan akan naik nilainya pada masa hadapan 10 sen USD atau 0.25, hatta USD 1.00, – bayangkanlah betapa keuntungan pemilk dinar itu apabila membeli minyak Iraq pada masa hadapan dengan menggunakan wang dinar yang dibeli pada kos masa kini.

Itulah rasional Iraq menjual dinar. Itulah rasional pihak luar membeli dinar sekarang. Masing-masing ada kepentingan untuk jangka pendek dan jangka panjang. Yang tak ada duit -jual barang. Yang ada duit – beli barang. Logik biasa aja.

BANK DI IRAQ – PELABUR UTAMA DINAR

- Bisnes utama bank ialah pertukaran wang. Selepas Saddam, dunia perbankan Iraq semakin rancak, berkembang dan sistematis mengikut peraturan dan undang-undang berkaitan dengannya.

Membuka bank bermakna berniaga dan menyimpan matawang negara itu sendiri. Turun naik matawang akan memberi pulangan dan sekaligus risko kepada bank itu sendiri. Dalam keadaan negara yang tidak stabil politik dan ekonominya, hanya negara sahaja mengadakan perkhidmatan bank. Ianya tidak melibatkan bank perdagangan persendirian.

Kini ekonomi dan politik Iraq memberi keyakinan kepada banyak bank persendirian tempatan dan bank komersil antara bangsa. Terdapat lebih 25 buah bank tempatan yang berkembang membuka banyak cawangan di Iraq. Terdapat 6 buah bank luar yang beroperasi di Iraq kini. Jika risiko menyimpan dan berurusniaga dinar Iraq, maka bank inilah pihak pertama yang menanggung risikonya. Tetapi setakat ini merekalah yang beruntung kerana nilai dinar naik sedikit demi sedikit.

SUASANA DI IRAQ MAKIN STABIL

- Keamanan dan kestabilan politik dalam negara merupakan salah satu syarat kemajuan ekonomi. Rakyat hanya akan puas hati jika mereka sendiri yang menentukan pimpinan negara mereka sendiri. Seperti negara Eropah dan Asia yang lain, negara-negara di Timur Tengah perlu berubah ke sistem demokrasi tulin supaya ianya memberi faedah kepada rakyat secara langsung. Iran dan Iraq di lihat sebagai perintis kepada sebuah negara demokrasi pilihan rakyat di Timur Tengah. Dengan adanya sumber ekonomi minyak dan gas – kedua-dua negara ini dilihat akan lebih kedepan berbanding dengan negara-negara lain di Timur Tengah. Amalan demokrasi di Iraq akan melahirkan keamanan dan kestabilan politik – sekaligus meningkatkan nilai dinar seperti sebelum 2003 – RM 1.00 bagi setiap dinar. Tunggulah saatnya seperti mana yang diramal dan diyakini oleh para pemerhati dan penganlisis ekonomi dunia.

PEMBANGUNAN DI IRAQ SEMAKIN RANCAK

- Pembangunan semula negara selepas perang terlalu rancak. Ianya melibatkan perbelanjaan negara yang besar – meliurkan ramai kontraktor dalam dan luar negara. Banyak negara yang melalui proses yang sama selepas perang misalnya Jepun, German dan Russia yang rancak pembangunannya. Bagi sebuah negara pengeluar minyak seperti Iraq, soal kewangan untuk membiayai pembangunan semula negara tidak menjadi masalah. Dalam keadaan sekarang, Bank Negara Iraq telah menjual(melelong) dinarnya kepada bank asing berbiliion USD dan disambut dengan hangat kerana bank asing ini terlalu optimistik dengan dinar Iraq.

BANK ASING AKTIF BELI DINAR IRAQ

- Bank asing telah menjadikan pembelian dinar Iraq sebagai salah satu potfolio pelaburan serta langkah mengadakan reserve dalam dana mereka sendiri. Apabila dinar ini naik nanti, mereka akan menggunakan dinar ini untuk pelaburan ke Iraq semula. Jika nilai dinar naik ke RM 1.00, pada hakikatnya kos pelaburan mereka ialah RM 0.10 sahaja kerana para pelabur itu telah membeli dan menyimpan dinarnya pada harga sekarang. Tidak hairanlah, ramai sekali pedagang Amerika telah membuka akaun bank di Iraq.

STOK DINAR IRAQ MAKIN SUKAR DIBELI

- Stok dinar Iraq semakin sukar diperolehi di pasaran luar Iraq kerana penyimpan dinar Iraq sudah melihat bayangan kenaikan nilai dinar Iraq ini secara signifikan selepas tentera Amerika berundur secara rasmi dari bumi Iraq dan tak bersedia menjualnya lagi. Kalau dulu penyimpan dinar Iraq dikatakan menyimpan koleksi dinar tetapi kali ini dianggap sebagai penyimpan bon bernilai tinggi untuk ditebus pada bila-bila masa.

GAJI KONTRAKTOR ASING DIBAYAR DENGAN DINAR

- Kontraktor asing di Iraq telah dibayar dengan wang dinar Iraq. Ini memberi makna bahawa nilai dinar Iraq berpotensi untuk terus naik dan nilainya dijamin oleh Bank Negara Iraq. Suatu yang malang jika kontraktor asing menerima bayaran dalam matawang Iraq jika ekonomi Iraq tidak berpotensi untuk lebih maju dari sekarang.

IRAQ NEGARA KEDUA PALING BANYAK KELUAR MINYAK

- Sebagai negara kedua paling banyak mengeluar gas dan minyak, Iraq menjadi idaman semua pelabur asing dan mempastikan lobi dibuat supaya Iraq perlu distabilkan.

ASKAR AMERIKA AKAN KELUAR DARI IRAQ SEPENUHNYA PADA 2011

- Mulai 30 Jun lalu, tentera Amerika mulai keluar dari Iraq dan dijangka akan akan keluar habis pada 2011. Seperti yang diramalkan, perang akan tetap tamat. Siapa nak perang berterusan. Itulah pusingan hidup – aman-perang-aman semula. Dan sudah pasti, Dinar akan kembali diapungkan setelah Iraq selamat daripada peperangan.

MESYUARAT IMF BAKAL MENYAKSIKAN KEJUTAN

- Perlantikan PM Iraq adalah penting sekali menjelang mesyuarat antara IMF dan Bank Pusat Iraq pada 8 hingga 10 Oktober 2010 ini. Sebarang keputusan besar berkaitan dengan apungan Dinar Iraq sewajarnya dengan pengetahuan dan restu PM baru Iraq. Ramai yang sudah menyampah betapa sukarnya hendak melantik PM ini sehinggakan mencadang supaya Anwar Ibrahim di ekspot ke sana untuk menjadi PM Iraq!!. Wooo.

Sejak 6 bulan lalu Iraq mengalamami kerugian kerana banyak perjanjian perdagangan tidak boleh dibereskan kerana ketidaktentuan PM Iraq.

38 NEGARA MENANTI DINAR DIAPUNGKAN

- Dikatakan ada 38 buah negara sedang membuat persiapan menunggu dinar diapungkan. Harga yang dijangka ialah USD 6.38 atau USD 7.39. 38 buah negara itu hanya menanti pengistiharan dari Iraq sahaja.

IRAQ LEBIH DEMOKRATIK

- Kini, selepas 7 tahun, Iraq sudah jauh berubah dan menuju kepada sebuah negara yang lebih demokratik dan bersistem dalam pemerintahannya. Iraq telah melalui dua kali pilihanraya secara bebas untuk memilih kerajaan. Partisapasi rakyat lebih menyeluruh dengan adanya beberapa buah parti politik. Selepas pilihan raya pada Mac lalu, Iraq dijangka akan mempunyai Perdana Menteri baru dengan barisan kabinetnya.

TENTERA IRAQ SIAP SEDIA AMBIL ALIH PENTADBIRAN IRAQ

- Tentera Iraq pula sudah bersiap sedia mengambil alih peranan tentera Amerika yang bakal keluar pada 31hb Ogos ini. Penjara terakhir yang dikawal oleh tentera Amerika telah pun diserahkan kepada pihak berkuasa Iraq sendiri. Walaupun ada beberapa pengeboman di pinggir bandar, ianya dilihat sebagai reaksi seorang dua rakyat sahaja – bukannya satu kumpulan yang besar dan berpengaruh. Rakyat Iraq secara keseluruhannya berpuas hati kerana haknya sebagai rakyat telah berjaya dikembalikan melalui sistem pemilihan yang bebas secara demokratik.

Fasa pengeluaran tentera Amerika pada 31 Ogos merupakan satu tahap membolehkan dunia percaya dengan keselamatan dan keamanan Iraq untuk membolehkan Iraq dilihat sebagai “negara emas” dalam pelaburan, kewangan dan ekonomi oleh pelabur luar. Maka tidak hairanlah jika para penganalisis meramalkan matawang Iraq ini akan diapungkan pada tahun ini juga. Yang hebatnya, rakyat Amerika yang dilapurkan sebagai penyimpan Dinar Iraq yang teramai sekali dalam dunia, telah mula mengisi borang pertukaran wang Dinar Iraq dan borang pengistiharan cukai keuntungan jualan Dinar Iraq kepada kerajaannya.

IRAQ LELONG MATAWANG DEMI KENAIKAN DINAR

- Ekonomi Iraq yang bermula dari kosong pada 2003 sehingga menyebabkan kerajaan Iraq terpaksa menjual matawang dinarnya secara lelongan kepada bank asing setiap bulan sehingga pada awal bulan ini untuk menampung kos pentadbiran dan pembangunan Iraq. Dalam dunia kini, Iraqlah sebuah negara yang “melelong” matawangnya sendiri untuk mendapatkan matawang asing bagi membiayai kos pembangunan negaranya. Mengapa bank asing sanggup membeli dinar sekarang pada harga USD 1.00 = 1,168 Dinar? Mereka membeli antara USD 100 ke 200 juta setiap bulan. Hal ini kerana bank asing mahu menjadikan Dinar Iraq sebagai reserve terbaik kepada bank mereka kerana nilai Dinar Iraq akan naik pada satu ketika nanti. Kiralah sendiri betapa untung jika 1 Dinar Iraq naik ke USD 0.30 atau USD 1.50 atau USD 3.30 iaitu seperti harga asal dahulu sebelum 2003.

BANK PUSAT IRAQ BERSIDANG DENGAN IMF 8-10 OKTOBER INI

- Bank Pusat Iraq akan bersidang bersama IMF pada 8-10hb Oktober di Washington. Antara perkara yang bakal dibincangkan ialah berkaitan dengan matawang Iraq.

Apakah di akhir mesyuarat pada 10.10.10 itu akan menggemparkan berita apungan Dinar?

MINYAK IRAQ LEBIH BANYAK DARI MALAYSIA

- Minyak Iraq lebih banyak dari Malaysia. Dalam tempoh 6 tahun dari -sekarang, Iraq akan mengeluarkan minyak 6 juta tong sehari atau 2.19 Biliion tong setahun. Sebaliknya, stok minyak Malaysia hanya akan bertahan sehingga 2017, jika tidak menemui sumber baru. Dan tidak mustahil Malaysia akan menjadi negara pengimpot minyak pula. Dengan kekuatan minyak Iraq apakah nilai matawangnya lebih rendah dari RM Malaysia. Tak logik langsung. Yang logik ialah 1 Dinar = RM 1.00. Beberapa syarikat minyak antara bangsa teleh membuat perjanjian meneroka tapak minyak sehingga membolehkan Iraq mengeluarkan minyak sebanyak 6 juta tong sehari dalam tempoh 5 tahun akan datang.

IRAQ SEKAT WANG HARAM

- Pihak berkuasa Iraq sedang menggubal undang-undang berkaitan dengan pengaliran wang haram. Ini merupakan tanda besar ke arah nilai dinarnya yang bakal naik. Jika dinar iraq yang terlalu kecil, maka tak perlu lah undang-undang ini diadakan.

CARREFOUR MASUK IRAQ

- Pasaraya Carrefour mengembangkan rangkaiannya di Iraq. Ini menandakan Iraq lebih stabil politik dan keselamatannya sehingga syarikat luar sanggup dan bersedia membuat pelaburan di sini.

BURSA SAHAM IRAQ AKTIF

- Indek Bursa Saham Iraq juga menunjukkan kenaikannya dan bilangan syarikat yang disenaraikan semakin bertambah dari masa ke semasa. Petunjuk pertumbuhan ekonomi Iraq semakin memberansangkan dan semuanya ini akan mendorong kenaikan nilai Dinar Iraq sebelum 2013. Dan jangan hairan kalau lebih awal lagi dari 2013.

DONALD TRUMPH TELAH BELI DINAR IRAQ SEBANYAK USD 30 JUTA

- Jutawan Donald Trumph telah pun membeli dinar Iraq sebanyak USD 30 juta, ianya membayangkan bahawa Dinar Iraq ini akan naik dalam tempoh terdekat.

PM IRAQ MINTA BANK NEGARA IRAQ NILAI KEMBALI DINAR

- PM Iraq dan beberapa orang anggota lembaga Bank Negara Iraq juga telah meminta Gabenor Bank Negara Iraq menilai semula nilai Dinarnya.

Perdana Menteri Iraq telah meminta Bank Negaranya mengkaji semula nilai Dinar dengan mengambil kira ekonomi Iraq yang semakin mengukuh sekarang.

Beliau menegaskan lagi bahwa dinar mempunyai sebab yang kuat untuk naik dengan mengambil kira sumber pendapatan dan pembangunan ekonomi Iraq.